Selasa, 24 April 2012

Madu Lebah






















MADU ROYAL JELLY

NATURAL HONEY





Jenis-Jenis Madu
MADU TUALANG
Madu Tualang merupakan madu lebah yang diambil dari pokok tualang hutan. Pokok tualang selalunya tumbuh tinggi di dalam hutan tebal dan

Madu Tualang dipercayai terhasil oleh lebah madu di dalam hutan yang mengambil nektar dari pelbagai bunga-bunga hutan (poliflora). Itulah sebabnya ramai yang mempercayai madu ini mempunyai nilai khasiat yang tinggi berbanding madu biasa yang lain.

Tambahan pula, sarang lebah madu tualang sukar dijumpai kerana pengutip madu lebah perlu meneroka jauh ke dalam hutan. Sesudah dijumpai, sarang lebah selalunya hinggap di dahan pokok tualang yang tinggi. Kesukaran menuai madu tualang menjadikan madu ini mendapat permintaan ramai dan boleh mencecah harga yang tinggi di pasaran.


MADU SIDR @ MADU YAMAN (YEMEN)
Madu Sidr merupakan madu daripada Negara Yemen yang termahal di dunia. Khasiat madu sidr dikatakan yang paling tinggi nilainya dan juga mempunyai nilai perubatan yang tinggi.

Madu sidr dihasilkan di Pergunungan Hadramaut, Semenanjung Arab yang masih bebas daripada pencemaran. Lebah madu sidr mengambil nektar dari pokok sidr sahaja (monoflora). Pokok sidr di Yemen dipercayai adalah pokok yang tertua di dunia. Hampir semua bahagian pokok ini digunakan oleh masyarakat tempatan untuk tujuan kesihatan kerana mempunyai khasiat yang tinggi.

Oleh itu, madu sidr yang berasal daripada pokok sidr juga mempunyai nilai khasiat dan perubatan yang lebih tinggi berbanding jenis-jenis madu lain. Madu sidr amat mujarab untuk menyembuhkan penyakit hati, penghadaman dan pernafasan, menaikkan prestasi batin dan sebagai anti-oksida dan anti-bakteria yang berkesan.

MADU RATU (ROYAL JELLY)
Madu Ratu (Royal Jelly), juga dikenali Susu Lebah (atau kadang-kala dipanggil Madu Putih oleh penjual jalanan) kerana warnanya yang putih kekuningan menyerupai warna susu. Madu jenis ini adalah antara yang paling sukar didapati dan biasanya hanya diperolehi dalam kuantiti yang sedikit (sehingga beberapa ratus gram sahaja).

Madu ratu adalah madu yang dimakan oleh ratu sarang lebah. Ratu sarang lebah mempunyai saiz yang lebih besar, hayat yang lebih panjang dan juga satu-satunya lebah yang boleh reproduksi. Atas sebab-sebah inilah ramai yang mempercayai bahawa madu ratu boleh mendatangkan kesan yang sama ke atas manusia.

Walau bagaimanapun, madu ratu sangat sensitif kepada suhu dan tidak tahan lama. Oleh itu, penghasilan madu ini untuk kegunaan manusia perlu dilakukan secara segar dan biasanya disejukkan.



KHASIAT MADU LEBAH


Kulit, Rambut dan Mata

  1. Menjadikan rambut and mata lebih sihat dan bersinar.
  2. Membantu penglihatan supaya lebih terang dan jelas.
  3. Mempercepatkan proses penyembuhan kecederaan kulit apabila disapukan dan melindungi daripada jangkitan kuman (Sila lihat: Madu Manuka).
  4. Menjadikan kulit lebih sihat, halus dan kelihatan lebih muda. Lupakan saja pil-pil kecantikan, kerana tabiat pengambilan madu boleh mencapai kesan kecantikan secara semula jadi tanpa memudaratkan badan.

Sistem Penghadaman

  1. Menguatkan sistem penghadaman dan daya tahan terhadap keracunan makanan.
  2. Memudahkan pergerakan usus semasa membuang air.

Sistem Pernafasan dan Kerongkong

  1. Mujarab untuk melegakan batuk yang berpanjangan.
  2. Menguatkan pernafasan dan mengurangkan asma atau lelah.

Tenaga Badan

  1. Menguatkan badan wanita mengandung. Tidak seperti sesetengah ubat-ubatan yang tidak boleh diambil ketika mengandung, madu adalah makanan tenaga semula jadi yang sesuai untuk ibu mengandung (Sila lihat: Khasiat Madu untuk Ibu Mengandung).
  2. Sumber gula alternatif yang semula jadi untuk pesakit buah pinggang dan kencing manis. Penggunaan madu berterusan boleh mengawal kandungan gula dalam darah.
  3. Mengembalikan tenaga selepas kedatangan haid atau selepas cirit-birit yang berterusan.
  4. Memberi tenaga sepanjang hari dan mengurangkan pengambilan lemak 

Gizi Makanan

  1. Kaya dengan zat mineral dan gula semula jadi yang mudah dihadam.
  2. Memudahkan serapan kalsium dalam badan.
  3. Pelawas semulajadi yang sesuai untuk apa jua keadaan
  4. Khasiat madu jika dilihat di atas sememangnya seratus satu. Sebagai makanan, penawar ataupun suplemen kesihatan, madu boleh membawa manfaat kepada sesiapa jua.Selain itu, terdapat jenis-jenis madu yang mengandungi khasiat lebih tinggi berbanding madu yang lain – seperti madu tualang, madu ratu (royal jelly), madu propolis dan madu manuka.
sumber rujukan: http://www.khasiat-madu.com/


CARA-CARA PENGAMBILAN MADU
(PASTIKAN ANDA MENGGUNAKAN SUDU PLASTIK)

1. Mulakan dengan Bacaan Basmallah dan Bacaan Selawat
2. Madu hendaklah diminum semasa perut kosong selalunya pagi (30min - 1jam) sebelum sarapan
3. Campurkan sedikit madu ke dalam air suam sebagai minuman.
4. Bagi batuk atau lelah, minum satu atau dua sudu madu
5. Campurkan sedikit madu ke dalam minuman kanak-kanak, kanak-kanak akan lena dengan nyenyak.
6. Minumlah sesudu besar madu bersama segelas air suam setiap pagi untuk kesegaran sepanjang hari.
7. Penyakit mata (sakit mata) titiskan sedikit madu pada mata.
8. Untuk kelecuran akibat api, air panas, ekzos motor, minyak panas, sengatan serangga berbis dan lain-lain
sapukan pada bahagian yang terkena.
9. Untuk pesakit diabetik ambil satu sudu madu dan satu sudu cuka asli (cuka nipah) dicampurkan dengan sedidikit air suam
10.Bagi Kemalangan kecil  atau  luka kecil ; sapu madu untuk memberhentikan darah dengan segera dan luka terlindung dari kuman.



SEBARANG PERTANYAAN DAN KERAGUAN ANDA BOLEH HUBUNGI KAMI TERUS DI NOMBOR INI : 019 5259854 (MAWARDI B.SENAWI)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Hot Sonakshi Sinha, Car Price in India